Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

DUN Sarawak: RUU Sumber Asli dan Alam Sekitar digubal, pastikan pengurusan secara komprehensif

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 12 Nov: Kerajaan Sarawak mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 yang bertujuan menyediakan pendekatan moden dan komprehensif kepada pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, RUU baharu ini termasuk peruntukan yang akan memberi kuasa kepada Sarawak untuk melaksanakan kuasa penuh ke atas isu kritikal seperti pemuliharaan sumber, pengurusan alam sekitar, kawalan pencemaran dan pembangunan mampan.

“Peruntukan ini bertujuan bukan sahaja untuk melindungi aset asli Sarawak tetapi juga untuk menggalakkan pembangunan yang bertanggungjawab sejajar dengan piawaian alam sekitar global.

“Oleh itu, undang-undang komprehensif baharu ini tepat pada masanya untuk mengurus sumber asli dan alam sekitar dengan mengambil kira perkembangan terkini tentang alam sekitar dan kebimbangan alam sekitar yang muncul,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua menjelaskan, RUU tersebut diperkenalkan dengan tujuan untuk memansuhkan Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 1958.

“Ia merupakan rangka kerja perundangan yang telah wujud selama lebih enam dekad dan ordinan sedia ada yang pada asalnya digubal pada 1949 telah menyaksikan evolusi yang ketara melalui beberapa semakan dan pindaan untuk menangani perubahan keperluan pengurusan alam sekitar dan sumber.

“Ia pertama kali disemak pada tahun 1958, diikuti dengan cetakan semula pada tahun 1972 dan telah menjalani pindaan selanjutnya pada tahun 1994, 1998, 2001, 2006 dan yang terbaharu pada tahun 2020,” ujarnya.

Tambah Awang Tengah, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar juga bakal ditubuhkan dan akan bertindak sebagai badan korporat yang akan memastikan pengawasan alam sekitar secara menyeluruh di Sarawak.

Menurutnya, Lembaga Pengarah badan berkenaan terdiri daripada Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi, Peguam Negara, Setiausaha Kewangan Negeri dan Setiausaha Tetap kementerian berkaitan serta Pengarah Jabatan Kerajaan berkaitan dan termasuk sehingga lima orang ahli yang lain.

“Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan lima ahli lain dalam lembaga itu nanti akan dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan