Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew. Foto UKAS

DUN Sarawak: Komited perjuang hak autonomi sektor pelancongan dalam MA63

ByWilly Jali

KUCHING, 12 Nov: Kerajaan Sarawak komited untuk meneruskan perjuangan hak autonomi ke atas beberapa bidang utama di bawah Perjanjian Malaysia (MA63) bagi menguruskan terma berkaitan pelancongan.

Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, perkara ini diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Pengembalian hak autonomi sektor pelancongan di Sarawak masih dalam perbincangan aktif di bawah rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perkara ini penting bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Sarawak.

“Dalam usaha ini, kami akan bekerjasama rapat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963, dan Hubungan Persekutuan-Negeri) dan Pejabat Peguam Negeri.

“Kerjasama ini penting untuk memastikan Sarawak diberikan kuasa eksekutif yang diperlukan untuk mengurus dan mengawal selia pelancongan dalam negeri kita,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, lr. Lo Khere Chiang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak  di sini, hari ini.

Tegasnya lagi, Kerajaan Sarawak melalui MOTAC turut mengukuhkan pendirian untuk membuat beberapa pindaan bagi memenuhi keperluan dan kepentingan kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

“Kementerian saya komited untuk meneruskan rundingan dan dialog dengan kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

“Selain itu, kami (kerajaan) meneruskan dialog dan rundingan dengan MOTAC dalam cadangan kami untuk meminda item 25A (Pelancongan) daripada Senarai I (Senarai Persekutuan) kepada Senarai III (Senarai Bersama) yang akan memberikan kuasa bersama kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak,” ujarnya lagi.

Dengan melakukan perubahan ini, Kerajaan Sarawak komited untuk mengukuhkan autonomi dalam menguruskan sektor pelancongan sekali gus dapat memacu pertumbuhan dan pembangunan di wilayah ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan