Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Satap, Bekenu, Miri, hari ini. Foto JBPM

Dua cedera, tiga kenderaan kemalangan di Bekenu

MIRI, 12 Nov: Dua cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Satap, Bekenu, di sini, hari ini.

Komander Operasi, Jefri Majun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.45 pagi tadi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu lori, pikap dan kereta.Terdapat dua orang mangsa lelaki berusia 18 dan 20 tahun tersepit di dalam kereta.

“Pasukan bomba membuat penstabilan pada kereta tersebut dan membuat rawatan awal kepada mangsa yang cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seterusnya mangsa dikeluarkan dengan menggunakan pengunsung, setelah pasukan bomba membuat tindakan memotong bahagian kereta yg terlibat menggunakan peralatan menyelamat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan