Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamed Khaled (kanan) tiba pada Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan 2024 di Wisma Pertahanan hari ini.Foto, Bernama.

Buli: ALK asingkan asrama pelajar junior, lebih banyak CCTV dipasang

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) telah melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan kes buli di akademi berkenaan tidak berulang, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata antaranya termasuk mengasingkan tempat tinggal dan aras bilik bagi pelajar Tahun 1 dengan pelajar senior.

Kata beliau pengasingan telah dilakukan sejak Oktober lalu.

“(Selain itu) beberapa kamera litar tertutup (CCTV) juga telah dipasang di kesemua blok dan akan ditambah sebagai langkah pencegahan isu buli di akademi itu.

“Roll call secara terasing juga mula dilakukan pada Oktober. Kita harap pihak pengurusan ALK akan bertindak dengan lebih tegas untuk pastikan ini tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan 2024, di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Hukuman terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan cederakan junior diputuskan hari ini

Sementara itu Mohamed Khaled berkata, tohmahan yang dilemparkan terhadap Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) susulan isu buli yang berlaku baru-baru ini adalah tidak wajar.

Ini kerana ujarnya pelanggaran disiplin dan kekerasan itu melibatkan pegawai-pegawai kadet di ALK.

Tambah beliau tindakan segelintir pihak yang melabelkan UPNM dengan pelbagai nama juga tidak wajar kerana kes itu berlaku dalam ALK di bawah Kementerian Pertahanan.

“Mereka tak diletakkan di asrama pelajar (universiti) lain. Kalau berlaku pelanggaran disiplin semasa di universiti, (itu) tanggungjawab universiti (namun kes buli baru-baru ini) berlaku di asrama ALK atau semasa melalui latihan ketenteraan,” katanya.

Jelas beliau, universiti itu hanya menyediakan tempat pengajian kepada 957 pegawai kadet yang ditaja oleh Kementerian Pertahanan.

“Kita perlu sedar bahawa UPNM sebuah universiti yang bukan hanya menampung keperluan Kementerian Pertahanan tetapi juga mempunyai pelajar daripada pihak awam,” katanya lagi.

Mengenai cadangan rombakan pengurusan tertinggi ALK, Mohamed Khaled berkata sebarang keputusan akan ditentukan setelah siasatan selesai bagi menentukan kelemahan akademi itu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan