Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 11 disyaki anggota kumpulan bersenjata etnik Kuki terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan separa tentera di negeri timur laut India, Manipur, pada Isnin. Foto Envato

11 disyaki anggota kumpulan bersenjata Kuki maut dalam pertempuran di Manipur, India

ByBernama

NEW DELHI, 12 Nov: Sekurang-kurangnya 11 disyaki anggota kumpulan bersenjata etnik Kuki terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan separa tentera di negeri timur laut India, Manipur, pada Isnin, menurut laporan media tempatan.

Pertempuran berlaku di daerah terpencil Jiribam selepas kumpulan bersenjata menyerang sebuah pasar di kawasan Jakurador Karong dan sebuah kem berhampiran milik Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF), menurut laporan itu.

Dua anggota CRPF dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Manipur telah dilanda keganasan sejak pertempuran etnik meletus pada Mei 2023 antara masyarakat Meitei, yang merangkumi lebih separuh daripada populasinya dan suku kaum Kuki, yang mendiami kawasan berbukit. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan