Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Klip video memaparkan tapak pelupusan bangkai haiwan di Manjung, Lumut yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman. Foto Bernama

Video tular papar pelupusan bangkai anjing di Manjung tidak benar

ByBernama

IPOH, 10 Nov: Klip video memaparkan tapak pelupusan bangkai haiwan di Manjung, Lumut yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Manjung pada 10.53 malam semalam mengenai penularan video itu di aplikasi TikTok dan Facebook.

“Siasatan mendapati video berdurasi 16 saat memaparkan rakaman bangkai anjing di dalam sebuah lubang tanah tidak memaparkan secara keseluruhan tapak lokasi.

“Hantaran di komen pemilik akaun Facebook memaklumkan kejadian berlaku dalam daerah Manjung disyaki maklumat tidak sahih dan pihak polis sedang menyiasat motif kejadian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hasbullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan