Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Program Perhimpunan Pemuda PBB Sarawak di Dewan Datuk Patinggi  Ali Gedong. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Usahawan perlu lebih berdaya saing, teroka teknologi baharu tingkat pendapatan

GEDONG, 10 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa usahawan di wilayah ini terus mengembangkan daya saing dengan memanfaatkan teknologi baharu.

Menurut Abang Johari, dalam dunia yang serba canggih dengan teknologi, usahawan perlu lebih proaktif dalam mengadaptasi inovasi digital dalam memperkukuh kedudukan perniagaan mereka.

“Zaman saudara adalah zaman teknologi. Kalau nak berdagang, berdaganglah dengan cara baharu. Bukan macam zaman dahulu menggunakan kedai runcit.

Abang Johari beri lampu hijau bangunkan litar permotoran di Ithmus Gedong

“Pembayaran gunalah pembayaran digital. Sebab itu, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang diketuai oleh Datuk Len Talif Salleh menyediakan inkubator. Usahawan boleh membuat industri hiliran, yang akan meningkatkan pendapatan termasuklah pendapatan isi rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perhimpunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Negeri di sini, hari ini.

Justeru kata Abang Johari, penggunaan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) dan platform e-dagang bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan operasi, tetapi juga membuka peluang untuk memperluaskan pasaran dan meningkatkan pendapatan.

Tambah beliau, inisiatif seperti itu penting untuk memastikan usahawan Sarawak mampu bersaing di peringkat global sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri yang lebih mampan dan progresif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan