Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusuf merasmikan program Lan Berambeh Takaful Masuk Kampung di Kampung Semariang Batu. Foto: TVS

Tuntutan tambahan perwakilan di Dewan Rakyat hanya dapat dilaksanakan selepas PRU16

KUCHING, 10 Nov: Tuntutan bagi tambahan perwakilan dari Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat berkemungkinan hanya dapat dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang dijangka diadakan pada 2027.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusuf berkata, ia susulan terdapat beberapa perkara perlu di selesaikan terlebih dahulu termasuk berkaitan terhadap pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Peguam Negara akan melakukan perbincangan mengenai perkara itu bersama-samq Peguam Besar Negeri Sabah dan Sarawak mengenai implikasi perundangan tuntutan itu yang antara lain akan menjadi asas kepada pindaan terhadap Pelembagaan Persekutuan bagi membolehkan tambahan pewakilan tersebut.

“Kita berharap ia dapat dilakukan dan setakat ini kita tidak menetapkan sebarang tempoh masa kerana kita mahu memberi mereka masa.

“Nanti, pada suku pertama tahun hadapan kita akan panggil untuk mengadakan Mesyuarat Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk memdapatkan hasil daripada pelaporan oleh ketiga-tiga penasihat undang-undang bagi Kerajaan Persekutuan, Sabah dan juga Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Lan Berambeh Takaful Masuk Kampung di Kampung Semariang Batu pada Ahad.

Tambah Fadillah, kajian mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen di Sarawak telah siap dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini.

Bagaimanapun sebarang perlaksanaan mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen tersebut perlu mendapat nasihat daripada penasihat undang-undang ketiga-tiga wilayah terlibat.

Pada Mesyuarat Majlis Tindakkan Perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 pada September lalu, perbincangan mengenai tuntutan tambahan jumlah perwakilan blok Borneo di Dewan Rakyat telah dibangkitkan namun tiada sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan