Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman bergambar bersama-sama kepimpinan PBB Cawangan Pantai Damai.

Terus berjuang perkasa PBB

ByMahathir Haroun

KUCHING, 10 Nov: Setiap ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu terus berjuang memperkasa parti bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan.

Ketua PBB Cawangan Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bagaimanapun berkata, usaha memperkasa parti memerlukan komitmen tinggi dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Malah menurutnya, kebanyakan ahli PBB yang bertahan lama didorong komitmen tinggi dan dedikasi terhadap perjuangan parti.

“Kita perlu meneruskan perjuangan perkasa PBB yang merupakan parti tulang belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Pemimpin yang bertahan lama didorong komitmen tinggi dengan parti. Kita perli terus komited dan menunjukkan dedikasi tinggi walaupun berdepan banyak cabaran, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa PBB Cawangan Pantai Damai di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, ketahanan diri dari segi fizikal dan mental juga perlu diberi perhatian bagi menghadapi pelbagai cabaran.

“Kita hendaklah mempunyai semangat juang tinggi pada setiap masa, ” ujarnya.

Malah memurutnya, persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) dijalankan secara berterusan.

“Kita tidak mahu melakukan persiapan pada saat-saat akhir. Persiapan perlu bermula awal untuk memastikan segala perancangan berjalan lancar, ” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Ketua PBB Cawangan Pantai Damai Merdehi Mas, Naib Ketua PBB Cawangan Pantai Damai Mohd Hasfa Saleh  dan Ketua Wanita PBB Cawangan Pantai Damai Rosmah Zaini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan