Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siasatan kes kehilangan beg berisi RM1 juta selesai, kertas siasatan dirujuk kepada pihak pendakwaan. Foto fail Bernama

Siasatan kes kehilangan beg berisi RM1 juta selesai, kertas siasatan dirujuk kepada pihak pendakwaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Siasatan kes beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses kutipan dilakukan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point telah selesai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata dua pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes turut dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Beg berisi wang tunai RM1 juta sudah ditemukan – Polis

“Kertas siasatan sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rabu lepas dua pengawal keselamatan masing-masing berusia 52 dan 38 tahun ditahan pada 10 malam selepas beg berisi wang tunai berkenaan dilaporkan hilang pada hari sama di sekitar kawasan Ampang Point.

Beg berisi wang tunai RM1 juta sudah ditemukan – Polis

Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Beg berkenaan dilaporkan hilang pada 3.55 petang sebelum ditemukan di tengah laluan di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur oleh orang awam pada hari kejadian.

Kedua-dua suspek dipercayai bertugas membuat kawalan menaiki van keselamatan yang membawa beg berisi wang tunai berjumlah RM1,071,000 pada hari kejadian, dan beg itu dipercayai terjatuh ketika kenderaan terbabit melalui kawasan selekoh di laluan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan