Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semasa melakukan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sukma di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Penyelia platform media sosial perlu hormati pendirian Malaysia

KUCHING, 10 Nov: Semua penyedia platform media sosial harus menghormati pendirian Kerajaan Malaysia dalam menyuarakan pandangan dalam mana-mana isu dan responsif terhadap aduan pengguna.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia termasuk pendirian Malaysia berhubung kandungan pro-Palestin di platform masing-masing.

Menurutnya, sebelum ini berlakunya sekatan terhadap muat naik artikel Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Hamas di platform media sosialnya.

“Di sini, saya lihat seperti ada antara dua darjat kerana kalau yang berkenaan dengan Palestin hampir semuanya dikekang.

“Malah, hantaran Perdana Menteri dalam Instagram pun boleh diturunkan hanya sebab beliau mengutuskan ucap taziah di atas pembunuhan, kematian pemimpin Hamas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sukma di Kuching pada Ahad.

Tambahnya, pendirian Malaysia adalah tetap sebagai sebuah negara berdaulat bersama pemimpin dihormati oleh penyedia platform terlibat.

Fahmi menambah, kerajaan masih dalam proses untuk mendapatkan maklum balas daripada penyedia
platform tersebut dan berharap versi muktamad akan dapat diterbitkan menjelang hujung November.

“Pendirian kita kerajaan Perdana Menteri wajib dihormati oleh platform ini dan kita masih dalam proses untuk mendapatkan maklum balas daripada platform berkenaan dengan kod tata laku.

“Kita harap menjelang hujung bulan ini, kod tata laku ini akan dapat diterbitkan dalam versi muktamad dan kita bagi
masa lebih kurang sebulan untuk platform media sosial mendaftar,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan