Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Presiden KDFA. Foto TVS

Jurulatih profesional, berpengalaman bantu lahirkan pemain berkualiti tinggi

ByAsmah Adenan

KUCHING, 10 Nov: Sarawak dilihat mempunyai potensi dalam melahirkan lebih ramai pemain berbakat terutama dalam sukan bola sepak menerusi Kejohanan Bola Sepak Tertutup Belia Petronas 2024 yang dianjurkan oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuching City (KDFA), Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, selain mempunyai pemain berbakat, Sarawak perlu mendapatkan khidmat jurulatih profesional dan berpengalaman.

“Untuk memastikan pertandingan yang mempunyai mutu yang tinggi sudah tentu penganjurannya hendaklah berada pada tahap yang tinggi.

“Dari segi pengadil dan jurulatih juga mestilah mereka yang mempunyai pengalaman dan lesen yang profesional barulah kita dapat menghasilkan pertandingan yang berkualiti dan bermutu tingggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS semasa menonton Perlawanan Separuh Akhir Kejohanan Bola Sepak Tertutup Belia Petronas 2024 di Stadium Negeri Sarawak, hari ini.

Kata Fazzrudin, dengan adanya ekosistem baik yang terdapat di Sarawak, ia membantu memberikan hasil yang terbaik terhadap potensi pemain muda untuk menampilkan aksi mereka di tengah padang.

“Kita melihat sejak daripada beberapa bulan yang lepas pertandingan yang kita adakan adalah sebagai salah satu platform untuk pemain meningkatkan bakat mereka dan merasai sendiri pengalaman pertandingan.

“Selain itu, kita juga amat bersyukur sekali kerana mempunyai rakan kongsi yang begitu komited dalam menghebahkan pertandingan yang dianjurkan ini barulah masyarakat dapat bersama-sama meraikan serta memberi sokongan kepada apa yang dilaksanakan ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fazzrudin berkata, untuk melahirkan pemain yang berbakat memerlukan jangka masa yang panjang dan pemain-pemain perlu menjalani banyak latihan.

Untuk rekod, sebanyak empat kategori telah dipertandingkan iaitu kategori bawah 10 tahun (B10), B12, B14 dan B16 dengan 56 penyertaan pasukan belia dari seluruh negeri.

Perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Tertutup Petronas akan berlangsung pada 16 November kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan