Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norizan turut memeriksa penunggang motosikal pada Operasi Khas Pengarah di Limbang. Foto TVS

JPJ Sarawak tidak akan berkompromi dengan pesalah trafik

LIMBANG, 10 Nov: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan jalan raya dengan mengenakan tindakan tegas termasuk mengheret pesalah jalan raya ke muka pengadilan jika melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan.

Pengarahnya, Norizan Jili berkata, operasi dan pemeriksaan akan diadakan secara berterusan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi.

Menurutnya, operasi yang diadakan akan difokuskan kepada motosikal dan kenderaan perdagangan seluruh Sarawak memandangkan kadar kemalangan maut membabitkan motosikal di Sarawak amat tinggi dan membimbangkan.

“JPJ tidak akan berkompromi terutamalah kalau melibatkan kenderaan berat yang membawa lebih muatan melebihi 30 peratus, memang kita akan terus heret ke mahkamah, termasuk mengenakan caj tinggi untuk kadar bayaran denda JPJ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Operasi Khas Pengarah di jalan berhampiran jejantas Taman Tasik Bukit Mas Limbang pada Ahad.

Turut sama ialah Ketua Cawangan JPJ Limbang Abang Aien Abang Bolhil.

Jelas Norizan, JPJ juga akan menjalinkan kerjasama erat bersama Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengenal pasti pesalah jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan maut di Sarawak.

Beliau turut mengingatkan penunggang motosikal agar menunggang motosikal secara berhemah menggunakan topi keledar yang mempunyai tanda SIRIM dan juga pemandu kenderaan berat memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik terutama brek.

JPJ Sarawak tambahnya sentiasa komited dan konsisten mengadakan aktiviti penguatkuasa secara Rondaan Pemantauan dan Penguatkuasaan (RPP) selain Ops Khas dan Ops Bersepadu bersama agensi kerajaan yang lain.

Jelasnya, ia penting bagi memastikan semua penunggang motosikal serta pengguna jalan raya yang lain sentiasa mematuhi peraturan semasa berkuatkuasa dan sekali gus menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan jalan raya.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan