Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir. Aidel Lariwoo bercakap dalam sidang media Majlis Soft Opening Marudi Bridge, Miri Division di sini hari ini. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Jambatan Marudi dibuka hari ini

BySalasiah Safian

MARUDI, 10 Nov: Jambatan Marudi siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang awam pada hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Ir. Aidel Lariwoo, projek tersebut siap awal dari yang dijadualkan.

“Hari ini hari yang bersejarah yang mana Jambatan Marudi yang telah lama ditunggu dah siap sepenuhnya dan akan dibuka untuk orang awam pada hari ini (Ahad) juga.

“Ia juga menandakan berakhirlah perkhidmatan feri di kawasan Batang Baram Marudi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pra Pelancaran Jambatan Marudi, di sini hari ini.

Katanya, projek jambatan sepanjang 650 meter merentasi Batang Baram, Marudi ini telah siap sepenuhnya pada 18 Oktober 2024 iaitu sembilan bulan mendahului jadual.

“Jadi kita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pemaju projek, kontraktor dan konsultan dan juga semua agensi agensi yang terlibat di dalam berjaya melaksanakan projek di mendahului jadual daripada sasaran yang sebenarnya,” ujarnya.

Ia melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan sepanjang 800 meter yang direka bentuk kepada standard jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) R5 dengan kelajuan 80km/ jam.

Antara objektif pembinaan Jambatan Marudi ini adalah untuk mempercepatkan pergerakan di antara Miri dan Pekan Marudi, meningkatkan mobiliti dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala dan lain-lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan