Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pemain Harimau Malaya Natxo Insa dan Mukhairi Ajmal Mahadi masing-masing tidak turut serta memperkuatkan barisan skuad itu, pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Laos dan India. Foto Instagram @natxoinsa & @mukhairi_ajmal

Harimau Malaya tanpa khidmat Natxo, Mukhairi Ajmal

ByBernama

PETALING JAYA, 10 Nov: Dua pemain Harimau Malaya Natxo Insa dan Mukhairi Ajmal Mahadi masing-masing tidak turut serta memperkuatkan barisan skuad itu, pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Laos dan India.

Pengendali skuad, Pau Marti Vicente yang mengesahkan perkara itu berkata Natxo (Johor Darul Ta’zim) dan Mukhairi Ajmal (Selangor FC) sepatutnya hadir ke sesi latihan rasmi skuad negara hari ini, namun terpaksa digugurkan selepas terlibat dengan kecederaan.

Natxo menerusi laporan perubatan mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur menentang Ulsan HD pada 5 Nov, sementara Mukhairi selepas beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25 menentang Jeonbuk Hyundai Motors pada 7 Nov.

“Kecederaan menjadi masalah pada panggilan kali ini, kita buat senarai untuk nilai prestasi tetapi dua pemain itu mempunyai perlawanan minggu ini, jadi Mukhairi datang pagi ini untuk dinilai, tetapi kami dapati terdapat isu dengan beliau.

“Natxo saya sendiri bercakap dengan beliau minggu ini dan beliau teruja untuk datang, tetapi selepas perlawanan menentang Ulsan, kami rasa agak berisiko untuk beliau sertai,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan rasmi di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini hari ini.

Keputusan itu sekali gus membuka ruang buat pemain Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya dan Kelantan Darul Naim FC Mohamad Fazrul Amir Md Zaman, yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia menjelang perlawanan persahabatan bertemu Laos di Bangkok, Thailand pada 14 Nov dan menentang India di Hyderabad pada 18 Nov.

Dua perlawanan persahabatan itu merupakan medium buat Pau Marti menentukan kesebelasan utama skuad bagi aksi Piala ASEAN, yang akan membuka tirai saingan pada Disember depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan