Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parti SUPP Sarikei bergambar beramai-ramai sejurus selesai Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Cawangan SUPP Sarikei bagi penggal 2025-2027 pada Ahad. Foto TVS

Abang Johari sentiasa berusaha tingkatkan taraf hidup rakyat

SARIKEI, 10 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat.

Ahli Parlimen Sarikei Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, ia termasuk komitmen ditunjukkan Abang Johari membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok dan Parlimen Sarikei.

“Saya menghargai sokongan Premier terhadap usahanya meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei Penggal 2025 – 2027 di sini, hari ini.

Tiong Sii yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok dipilih semula menerajui SUPP Cawangan Sarikei.

Sesi pemilihan menyaksima Andrew Wong Pak Ung kekal ketua pemuda cawangan manakala Kaunselor Wong Zee Yeng dilantik semula sebagai ketua wanita.

Sehubungan itu, Tiong Sii dalam kenyataan menzahirkan penghargaan atas sokongan semua ahli jawatankuasa cawangan terhadap beliau sepanjang mengetuai parti berkenaan.

“Kerjasama yang begitu baik membolehkan kita melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat untuk rakyat.

“Malah, ia memperkukuhkan parti dan meningkatkan prestasi serta keberkesanan dalam mencapai tujuan bersama.

“Dalam konteks politik pula, kerjasama antara ahli parti dapat membawa kepada penyatuan kekuatan, strategi yang lebih baik, dan penyelesaian isu secara kolektif,” ujarnya.

Tambahnya, permuafakatan antara semua pihak dapat membantu mengatasi perbezaan pendapat, memperbaiki komunikasi serta mengoptimumkan sumber daya yang ada selain menjadi pembangunan yang mampan dan kejayaan jangka panjang parti tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan