Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Program Perhimpunan Pemuda PBB di Dewan Datuk Patinggi  Ali Gedong hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Abang Johari beri lampu hijau bangunkan litar permotoran di Ithmus Gedong

GEDONG, 10 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi lampu hijau untuk membangunkan litar permotoran di Ithmus Gedong.

Beliau berkata, cadangan yang dikemukan pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu secara tidak langsung akan menjadi platform yang selamat sekali gus mengurangkan risiko perlumbaan haram di jalan raya.

“Untuk cadangan membangunkan litar permotoran kepada golongan belia di Gedong, kita (kerajaan) boleh luluskan. Kita akan bangunkan di Ithmus memandangkan ia sedang membangun.

“Di sana (Ithmus) juga terdapat stadium mungkin di stadium itu boleh kita bangunkan khasnya untuk sukan permotoran professional. Jadi mereka yang datang dari kawasan lain contohnya seperti Kuching boleh datang ke Gedong untuk aktiviti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Perhimpunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata, lokasi bagi litar permotoran di Sibuti juga akan ditentukan kelak.

“Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Lukanisman Awang Sauni sebelum ini juga ada memohon perkara yang sama, kita akan cari tempatnya kerana Niah (Kompleks Gua Taman Negara Niah) telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Jadi kita akan bangunkan kawasan berdekatan Niah dan mungkin di situ kita akan cari tempat. Untuk bahagian utara kita akan buat litar permotoran,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Pemuda PBB, Miro Simuh berkata, dengan adanya litar tersebut, Sarawak mampu untuk melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran.

“Saya difahamkan bahawa Ithmus Gedong akan dibangunkan dan kawasan ini begitu luas dengan misi pembangunan yang akan dilakukan.

“Malah jika kita kedudukan Gedong sekarang telah di hubungi dengan kebolehcapaian seperti Lebuh Raya Pan Borneo dan jalan pesisir, dengan adanya litar ini mungkin suatu hari nanti Sarawak juga mampu melahirkan seorang lagi Valentino Rossi,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan