Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy merakam gambar kenangan bersama pelan operasi penjagaan standard warga emas. Foto TVS

22,000 penjaga berkemahiran diperlukan menjelang tahun 2030

KUCHING, 10 Nov: Kerajaan mensasarkan 22,000 penjaga berkemahiran dalam industri penjagaan yang melibatkan golongan warga emas, kanak-kanak dan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penjagaan adalah industri yang bermula namun kedengaran asing di negara ini berbanding negara maju seperti di Australia dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, kefahaman yang sedikit mengenai industri tersebut menyebabkan bilangan penjaga berkemahiran hanya sebanyak 6116 orang pada hari ini.

Tambahnya, KPWKM akan berusaha mempromosikan industri tersebut kepada golongan wanita dan belia sebagai bidang kerjaya mahupun untuk menjana pendapatan.

“Kita bukan hanya melatih untuk mereka yang akan menjaga anak-anak atau orang tua di institusi kita tetapi kita hendak melahirkan lebih ramai penjaga-penjaga (berkemahiran) ini.

“Ini kerana mereka yang memerlukan memang ramai, malah pihak swasta juga memerlukan mereka.

“Malah, ada antara mereka yang ingin membawa mereka (penjaga berkemahiran) ke luar negara,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Penutupan Program Promosi dan Advokasi, Industri Penjagaan dalam konteks JKM sebagai badan peneraju sektor penjagaan dan perkhidmatan komuniti yang berlangsung di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar yang berlangsung pada Ahad.

Antara yang hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Perancangan mewakili Ketua Pengarah JKM, Arfan Sulaiman dan Pengarah JKM Sarawak, Semawi Mohamad

Tambahnya, perkembangan yang berlaku didalam industri penjagaan menuntut golongan penjaga berkemahiran sekurang-kurang mempunyai sekurang-kurangnya diploma berbanding sijil tahap empat sebelum ini.

“Kita memang telah didatangi oleh pihak hospital swasta dimana mereka mahu mencari golongan muda yang mahu berkerja sebagai penjaga.

“Kalau mereka berminat, mereka akan berlatih di hospital swasta diberi elaun RM 1,500 untuk tiga tahun dan selepas itu mereka akan berkerja dengan hospital swasta tersebut,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan