Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi bergambar bersama sebahagian penerima MyLesen B2 (Madani) Bahagian Limbang. Foto TVS

2,173 individu terpilih dalam Program MyLesen B2

LIMBANG, 10 Nov: Seramai 2,173 peserta dan calon di seluruh Sarawak terpilih dalam Program MyLesen B2 (Madani) yang dilaksanakan kerajaan persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sejak awal tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Hasbi Habibollah berkata, program itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang menawarkan bantuan untuk memperoleh lesen motosikal kelas B2 kepada golongan B40 yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang menjelaskan ia dilaksanakan bertujuan mendekati rakyat di peringkat akar umbi untuk membantu golongan B40 atau golongan berpendapatan rendah mendapatkan lesen motosikal, membuka ruang dan peluang kelangsungan pendapatan isi rumah dan kesejahteraan sesebuah institusi keluarga melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan.

“Program MyLesen B2 (Madani) ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan ia adalah secara percuma.

“Peserta yang terpilih seluruh Sarawak berjumlah 2,173 setakat ini dan program begini akan diteruskan pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Program MyLesen B2 (Madani) dan Randau Digitalisasi JPJ Bahagian Limbang Tahun 2024 di Dewan Seri Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun hari ini.

Turut sama ialah Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili, dan Ketua Cawangan JPJ Limbang Abang Aien Abang Bolhil.

Hasbi berkata, pelaksanaan program Bantuan Lesen Memandu ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan kepada calon berdasarkan kriteria dan syarat yang telah ditetapkan.

Pada program itu seramai 26 orang peserta daripada Parlimen Limbang yang berjaya memperolehi lesen kelas B2.

Jelasnya program itu akan diteruskan di negara ini termasuk di seluruh bahagian di Sarawak pada tahun depan.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan