KUCHING, 10 Nov: Sarawak bakal memiliki 156 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pertambahan 22 pusat baharu yang sudah siap dan satu lagi sedang dalam pembinaan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pusat Nadi kini boleh dimanfaatkan oleh penduduk sekitar melalui dua aspek baharu iaitu Nadi For you untuk orang yang datang dan Nadi To You untuk Nadi keluar datang kepada komuniti.
Menurutnya, pelbagai manfaat boleh diperoleh masyarakat yang dibawa oleh Nadi seperti modul keselamatan siber, scam termasuk menyediakan para usahawan dengan
bengkel, memperagakan produk serta membantu dalam kerja-kerja pemasaran.
“Nadi kini berfungsi dan boleh dimanfaatkan oleh penduduk sekitar melalui ada dua aspek iaitu Nadi For you untuk orang yang datang dan Nadi To You untuk Nadi keluar datang kepada komuniti dan Nadi Taman Sukma mereka telah mula melaksanakan dengan bekerjasama dengan sekolah-sekolah di sekitar kawasan terdekat.
“Mereka ini banyak manfaat seperti membawa modul-modul tentang keselamatan siber tentang bagaimana untuk elak jadi mangsa scam termasuk untuk membawa masuk sejumlah usahawan dan selain daripada bengkel mereka juga akan mula memperagakan dan membantu usahawan-usahawan ini dalam kerja-kerja pemasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas melakukan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Sukma di Kuching pada Ahad.
Tambahnya, satu perubahan sedang dibawa iaitu untuk bekerjasama dengan agensi lain bersama usahawan tempatan agar pusat tersebut mampu menjadi Nadi dalam komuniti.
Ujarnya, komuniti Madani diseru untuk mengenali serta memanfaatkan Nadi yang berdekatan supaya aktiviti dapat dilaksanakan bersama serta modul yang ada dapat dipelajari oleh ahli.-TVS