Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sro Fadillah Yusof ketika merasmikan Program Tanpa Tunai BSN di Kabong pada Sabtu. Foto TVS

Tingkat ilmu berkaitan cabaran teknologi terkini

KABONG, 9 Nov: Setiap lapisan masyarakat perlu mempunyai pengatuan tinggi bagi berhadapan dengan cabaran dalam dunia teknologi masa kini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia penting bagi mengelak mereka terjerumus dan terperangkap seterusnya menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

“Kalau di Negara China semua transaksi kini kebanyakkanya menggunakan kaedah tanpa tunai dan begitu juga dengan kita di Malaysia ini yang akan menuju ke arah teknologi baharu ini.

“Kita perlu meningkatkan ilmu kita berkaitan dengan teknologi baharu ini agar nantinya kita tidak terperangkap atau menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BSN Cashless Society Kabong di Pusat Penjaja Kabong hari ini.

Program BSN Cashless Society Kabong tersebut dianjurkan oleh BSN dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan bertujuan untuk mempromosikan penggunaan sistem pembayaran digital dalam kalangan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) sekali gus meningkatkan keterangkuman kewangan di kawasan bandar dan luar bandar.

Terdahulu Program BSN Cashless Society telah dijalankan di Pulau Tioman, Bazaar Ramadan Tanpa Tunai di Kuala Lumpur, Pasar Malam Api-api, Kota Kinabalu Sabah dan terbaharu di Pasar Awam Banting.

Kira-kira 150 peniaga di Kabong bakal mendapat manfaat daripada teknologi pembayaran digital tersebut.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir, Ahli Dewan Negara Senator Pele Peter Tinggom, Pengerusi BSN Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dan yang lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan