Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serangan Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023 mengakibatkan 41,391 rakyat Palestin terbunuh, dengan lebih 95,760 lagi cedera.

Tidak ada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza

ByBernama

ISTANBUL, 9 Nov: Tiada perang lain yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran secara langsung seperti yang berlaku dalam genosid yang berterusan di Gaza, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, menurut laporan Agensi Anadolu (AA).

“Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak,” kata Erdogan ketika berucap pada Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita dan Keadilan di ibu kota komersial Turkiye, Istanbul.

Beliau berkata Ankara akan terus menyokong “saudara” mereka di Gaza dan Lubnan, yang kedua-duanya dikepung oleh serangan Israel, sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan dan gencatan senjata serta keamanan dapat diwujudkan.

Erdogan berkata beliau “amat yakin ” Donald Trump, yang minggu ini kembali menguasai White House selepas empat tahun, akan mengambil “langkah-langkah perlu untuk menamatkan peperangan,” sambil menyuarakan harapan agar perkara itu berlaku. -TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found