Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan  Persatuan Pemaju Perumahan Dan Hartanah Sarawak (SHEDA) dan Anugerah Kecemerlangan 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad. Foto Jazni Hanif (TVS)

SHEDA terima tanah untuk bina ibu pejabat

KUCHING, 9 Nov: Persatuan Pemaju Perumahan Dan Hartanah Sarawak (SHEDA) bakal menerima sebidang tanah daripada Kerajaan Sarawak bagi tujuan pembinaan ibu pejabat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, lokasi untuk pembinaan ibu pejabat tersebut akan ditentukan kemudian.

“Kita akan membincangkan bersama SHEDA dan memberikan beberapa pilihan lokasi bagi menentukan sendiri di mana tapak untuk membina ibu pejabat.

“Yang pastinya, lokasi tersebut adalah berdekatan dengan Bandar raya Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahunan  Persatuan Pemaju Perumahan Dan Hartanah Sarawak (SHEDA) dan Anugerah Kecemerlangan 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

Menurutnya, dengan adanya ibu pejabat tersebut, SHEDA dapat memberikan khidmat terbaik kepada pemain industri dan memenuhi keperluan rakyat terutama menerusi penyelidikan serta latihan yang disediakan.

Sementara itu, pelbagai anugerah disampaikan pada majlis tersebut melibatkan kediaman bertanah, pembangunan strata, pembangunan rumah mampu milik, komersial dan perancangan induk.

Anugerah Pembangunan Strata (Kediaman) dimenangi Lee Onn Development Sdn Bhd, Anugerah Merit Pembangunan Rumah Mampu Milik (Swasta) – Green Summit Development Sdn Bhd Anugerah Merit Kediaman Bertanah (Sederhana) – Lafrowda Land Sdn Bhd, Anugerah Merit Kediaman Bertanah (Besar) – Maya Sinarjaya Sdn Bhd, Anugerah Cemerlang Pembangunan Rumah Mampu Milik (Swasta) – Sendayan Ventures Sdn Bhd dan Sumberdyna Sdn Bhd (JV), Anugerah Cemerlang Kediaman Bertanah (Besar) – Rasajaya Sdn Bhd dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat SHEDA Tahun 2024 dirangkul Lee Onn Development Sdn Bhd.

Selain itu, Abang Johari juga turut menyaksikan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara SHEDA dengan FIABCI Malaysian Chapter.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Pengerusi Penganjur Makan Malam Tahunan SHEDA Steven Au Fock Ghing, Pengerusi Penganjur Anugerah Kecemerlangan SHEDA Zaidi Ahmad dan Presiden SHEDA Augustine C.H Wong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan