Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Nurlaila Said mengabdikan kenangan bersama pengamal media dan rakan strategik pada majlis Media Engagement TH Sarawak 2024 di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Pengamal media bantu sebarkan maklumat tepat, terkini

KUCHING, 9 Nov: Pengamal media dilihat sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat tepat dan terkini kepada masyarakat, kata Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Nurlaila Said.

Sehubungan itu, beliau amat menghargai sumbangan pengamal media di Sarawak dan berharap hubungan erat antara kedua-dua pihak dapat terus dijalin.

“Penganjuran program ini (Media Engagement TH Sarawak) adalah untuk meraikan pengamal media dan rakan strategik yang banyak membantu khususnya di Sarawak dalam menyebar luaskan semua informasi berkaitan urusan haji.

“Harapan kami adalah agar kesinambungan ukhuwah ini berterusan dan insya-Allah, kamiyakin dengan adanya kerjasama erat antara Tabung Haji dan pengamal media ini akan melahirkan satu persepsi dan naratif terbaik kepada masyarakat Islam,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Media Engagement TH Sarawak 2024 di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya, program melibatkan media akan memberi peluang kepada TH untuk membina jenama dan meneroka pendekatan industri media di Sarawak dan Sabah berfungsi selain mewujudkan peluang bekerjasama dalam menyebarkan maklumat serta informasi relevan.

Terdahulu, Lembaga Tabung Haji turut mengadakan Pertandingan Boling TH-Media Engagement Sarawak 2024 sebagai sebahagian daripada intipati program bersama media di Sarawak.

Pasukan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) merangkul juara keseluruhan Pertandingan Boling TH-Media Engagement Sarawak 2024 sementara pasukan CATS FM menduduki tempat kedua dan pasukan TVS memenangi tempat ketiga.

Hadir sama Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak Amat Kassim Pait, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang, Pengarah Urusan CATS FM Iskandar Nawawi dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sarawak Hamdan Jar’ee.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan