KUCHING, 9 Nov: Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) komited untuk terus membantu komuniti melalui pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata program tersebut adalah untuk menghargai masyarakat yang menyokong Pasaraya Mydin sepanjang 67 tahun penubuhannya.
Jelasnya, Mydin akan sentiasa berusaha sedaya upaya membantu komuniti sekitar dengan perkhidmatan, peluang pekerjaan serta perniagaan bagi membantu komuniti yang memerlukan.

“Matlamat program pada hari ini berlangsung adalah bagi menghargai sokongan setiap individu yang diperolehi menyokong Mydin sepanjang 67 tahun berkhidmat untuk negara,” katanya berucap pada Festival OHMYDIN! Fun Run di Mydin Petrajaya di sini, hari ini.
Lebih 2,000 orang peserta menyertai larian yang bermula pada pukul 6 pagi di pekarangan Mydin Petrajaya.
Penglibatan peserta adalah terdiri daripada kanak-kanak berumur dua tahun hingga 60 tahun dan ke atas tanpa mengira jantina. – TVS