Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar pada sidang media sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, di Kuching, pada Sabtu.

Kekang maklumat tidak sahih daripada terus tersebar

ByConnie Grace

KUCHING, 9 Nov: Dalam usaha memperkukuh ketelusan dan kesahihan maklumat yang disebarkan melalui media sosial dan portal berita dalam talian, Kerajaan Sarawak akan membentangkan usul pindaan terhadap Perintah Tetap (Standing Orders) Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 12 November ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, usul tersebut akan dibentangkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang bertujuan menyesuaikan peraturan DUN dengan perkembangan terkini dalam dunia digital dan media sosial.

“Usul ini dianggap sebagai satu langkah proaktif dalam mengekang penyebaran maklumat tidak sahih yang sering kali menjadi sumber kekeliruan dan menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

“Perkembangan media sosial sebagai sumber maklumat alternatif memerlukan garis panduan lebih jelas bagi memastikan maklumat yang dibincangkan dalam DUN atau yang dirujuk oleh ADUN adalah sahih dan berlandaskan fakta, ” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, di Kuching, pada Sabtu.

Menurutnya, maklumat tidak disahih atau tidak tepat bukan sahaja memberi impak kepada kredibiliti DUN tetapi mempengaruhi pandangan masyarakat secara keseluruhan.

“Pindaan ini akan memastikan maklumat yang dirujuk dalam DUN lebih berintegriti terutamanya apabila ia melibatkan isu penting yang dibincangkan secara meluas dalam talian” ujanya.

Selain itu, kata Asfia, usul pindaan tersebut turut memfokuskan kepada kawalan ke atas maklumat palsu yang disebarkan menerusi platform digital.

Katanya, penyebaran berita palsu yang tidak dikawal bukan sahaja boleh menjejaskan reputasi pemimpin dan institusi tetapi mengancam keharmonian dan kestabilan sosial terutama apabila melibatkan isu penting di peringkat negeri dan negara.

Sehubungan itu menurutnya, langkah tersebut diambil sejajar dengan komitmen Sarawak dalam menjaga keharmonian dan kredibiliti institusi awam daripada ancaman berita palsu dan tuduhan tidak berasas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan