Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rubiah (tengah) merakam gambar kenangan bersama Residen dan pegawai daerah yang hadir. Foto TVS

Jangan sorok kesilapan atau salah laku dalam jabatan

KOTA SAMARAHAN, 9 Nov: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang memberikan peringatan kepada penjawat awam agar tidak menyembunyikan kesilapan yang berlaku sebagai usaha memelihara imej jabatan.

Menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menyapu kesilapan di bawah karpet, Ahli Parlimen Kota Samarahan itu berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja tidak beretika malah tidak seharusnya dilakukan oleh ketua jabatan sesebuah agensi kerajaan atau perkhidmatan awam.

Menurutnya, dalam menjalankan tugas, kesilapan pasti berlaku namun perbuatan tersebut tidak seharusnya ditutup malah tindakan harus diambil untuk memperbaiki keadaan.

“Jika ada kesilapan atau kekurangan, akuilah dan ambil tindakan yang betul untuk memperbaikinya

“Hanya dengan cara ini, kita dapat menjaga integriti kita, memastikan sistem yang kita jalankan terus diyakini dan dipandang tinggi oleh masyarakat

“Ingatlah, dengan menyembunyikan kesilapan hanya akan memburuk keadaan. Sebaliknya dengan ketelusan dan keberanian untuk memperbaiki kesilapan, kita akan mengukuhkan lagi kepercayaan orang ramai terhadap agensi dan perkhidmatan awam yang kita wakili,” katanya.

Rubiah berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Encouraging Responsibility Accountability Trustwothiness (ERAT), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Penguatkuasa, Mahasiswa dan Masyarakat yang berlangsung di Dewan Pertubuhan Peladang, Kota Samarahan pada Sabtu.

Dalam ucapan sama, Rubiah menjelaskan peranan EAIC penting dalam memerangi salah laku dikalangan penguat kuasa

Katanya, kerajaan telah memberikan kuasa kepada suruhanjaya itu sejak dari 2009 dalam memantau dan menyiasat tindakan pegawai penguat kuasa serta agensi penguatkuasaan persekutuan di bawah Akta 700.

“Tugas ini penting untuk memastikan pegawai bertindak dalam batas kuasa dan undang-undang yang ditetapkan

“Dengan adanya fungsi pengawasan seperti EAIC, kita dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan,” ujarnya.

Hadir sama pada program tersebut Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Tan Sri Dr. Ismail Bakar dan Pegawai Residen Samarahan, Mohammad Irwan Bahari Bujang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan