Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur (NTT) tiang abu 10,000 meter di atas puncak petang tadi. Foto BNPB

Gunung Lewotobi meletus lagi, jumlah penduduk berpindah meningkat kepada 10,777 orang

JAKARTA, 9 Nov: Aktiviti Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur (NTT) terus meningkat selepas mengeluarkan letusan besar sebanyak lapan kali dengan ketinggian 6,000 hingha 10,000 meter di atas puncak setakat petang tadi.

Berdasarkan laporan Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) akibat aktiviti letusan yang terus meningkat dan semakin besar, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat dengan kepada 10,777 berbanding 4,436 mangsa sebelum ini yang tersebar di lapan wilayah.

Menurut Jurucakap BNPB, jumlah pelarian meningkat berikutan pembesaran zon kawasan selamat oleh pihak berkuasa kepada lapan kilometer dari pusat gunung berapi.

“Memandangkan aktiviti gunung berapi itu terus meningkat, pihak berkuasa telah memperluaskan zon bahaya selamat daripada tujuh kilometer kepada lapan kilometer dari puncak supaya semakin ramai orang dipindahkan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menambah bilangan tapak pemindahan berikutan jumlah penduduk yang dipindahkan berserta logistik bagi memastikan semua mangsa yang terjejas berada dalam keadaan selamat.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) juga sedang giat mencari penduduk yang masih berada dalam zon bahaya untuk dipindahkan.

Tentera dan polis turut dikerahkan untuk menyekat laluan dari kawasan selamat ke zon bahaya bagi memastikan tiada aktiviti penduduk sepanjang tempoh darurat ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan