Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lans Koperal Mohd Faizal berjaya mengharumkan nama negara pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia 2024 di Maldives. Foto: TVS

Faizal harumkan nama PDRM di pentas dunia

ByAbdullah

MALDIVES, 9 Nov: Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Lans Koperal Faizal Mat Rasyid melakar sejarah selepas meraih tempat keempat pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia 2024.

Beliau ternyata gembira dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana berada pada kedudukan terbaik dalam penyertaan pertama.

“Saya berjaya berada pada kedudukan keempat dalam penampilan pertama dalam kejohanan ini,’ katanya yang bertanding dalam sukan fizik lelaki 170 cm.

Faizal juga merupakan salah seorang daripada 10 atlet negara yang menyertai kejohanan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai cabaran sebelum menyertai kejohanan tersebut, beliau berkata, cabaran utama adalah melibatkan pemakanan dan perbelanjaan.

“Saya terpaksa mencari tempat menjual bahan mentah murah seperti ikan tilapia, ayam dan sayur-sayuran kerana ia merupakan makanan berkualiti yang diperlukan bagi mengekalkan kondisi badan yang terbaik,” ujarnya.

Menurutnya, perjuangan dalam arena bina badan dilakukan tanpa mengenal rasa putus asa atau mengalah.

“Saya tidak berjuang separuh jalan dan percaya dengan proses yang dilalui,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan