Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.Foto TVS

Empat RUU dibawa ke Persidangan DUN Sarawak akan datang

ByConnie Grace

KUCHING, 9 Nov: Empat Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung dari 11 hingga 20 November 2024 ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Asfia Mohamad Awang Nassar berkata, empat RUU merangkumi RUU Perbekalan 2025, RUU Perbekalan Tambahan 2024 dan Pindaan Rang Undang-Undang Pengedaran Gas 2024 .

“Terdapat RUU baharu akan dibentangkan ialah Rang Undang-Undang Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024.

“Ia akan dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Sarawak ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Pra-DUN sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, Asfia menjelaskan, bacaan pertama bagi kesemua RUU tersebut akan dibentangkan pada hari pertama persidangan 11 November.

Menurut Asfia, sebanyak 352 soalan diterima daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri bagi sidang kali ini dengan 20 soalan untuk jawapan lisan dan 102 untuk jawapan bertulis.

“Kali ini Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi menerima jumlah soalan tertinggi iaitu sebanyak 61 soalan, ” ujarnya.

Sidang DUN Sarawak kali ini dijangka membawa perbincangan penting untuk pembangunan ekonomi hijau, pengurusan alam sekitar yang mampan dan penambahbaikan undang-undang negeri dalam menghadapi cabaran teknologi serta media baharu.

Turut hadir Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Idris Buang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan