Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Badan Amal Kasih Sayang, Tun Putera Muhammad Abu Bakar Dato Munir bersama timbalannya, Dato NorAini Sharif dan Bendahari BAKASA, Tun Puteri Munawarah Syammiyah Dato Munir pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. Foto TVS

BAKASA perkasa pendidikan STEM dalam kalangan anak asnaf

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Pertubuhan bukan keuntungan, Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA) akan terus memperkasa pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan anak-anak asnaf di Pahang.

Yang Dipertua BAKASA, Tun Putera Muhammad Abu Bakar Dato Munir berkata mereka berhasrat melahirkan lebih ramai modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang itu, terutama dari rumah kebajikan naungannya, Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA).

“Selain pendidikan asas, BAKASA juga menyediakan aktiviti berinovasi kepada anak-anak asnaf seperti bidang robotik dan teknologi pintar.

“Kami sentiasa menggalakkan mereka mencuba terutamanya dalam bidang robotik. (Walaupun) tidak semua berminat, ada segelintir yang mahu mencuba dan benar-benar mahir,” katanya kepada TVS, hari ini.

Abu Bakar berkata pendedahan awal yang diberikan kepada anak-anak ini juga telah berjaya menarik minat mereka untuk mendalami bidang STEM.

“Malah, ada yang pernah mengikuti Pertandingan First Lego League Junior (FLL Jr.) sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu, BAKASA telah membangun dan memperkenal program pendidikan untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah Raub, menerusi program intensif BAKASA Impak SPM.

Menurutnya, program itu telah dijalankan bersama 11 sekolah di Raub pada tahun lalu bersama lebih 600 pelajar daripada keluarga B40, dengan prestasi akademik yang kurang memuaskan.

Bengkel itu meliputi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Sejarah.

“Kami melihat impak positif program ini apabila salah seorang anak RUKTAA yang mengikutinya berjaya memperoleh 7A, jadi kami teruskannya untuk membantu bukan sahaja anak-anak kami, tetapi juga seluruh Raub.

“Alhamdulillah keputusan SPM pada tahun lalu bagi daerah ini telah meningkat,” katanya.

BAKASA turut berharap agar dapat melaksanakan program itu di negeri-negeri lain, bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga tidak berkemampuan untuk meraih keputusan cemerlang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan