Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
U Mobile Sdn Bhd yang sebelum ini dipilih sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara perlu melalui syarat yang akan dikenakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

U Mobile dikenakan syarat dalam pembangunan rangkaian 5G kedua negara

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 8 Nov: U Mobile Sdn Bhd yang sebelum ini dipilih sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara perlu melalui syarat yang akan dikenakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perincian mengenai syarat terbabit adalah terlalu awal untuk didedahkan.

“Kalau kita lihat dalam pelaksanaan rangkaian 5G pertama di bawah DNB juga dikenakan syarat tertentu, bagi rangkaian kedua sudah pasti akan ada syarat yang dikenakan tetapi perinciannya kena melalui proses terlebih dahulu.

“MCMC akan panggil U Mobile untuk memahami apakah perbincangan terkini antara syarikat telco itu dengan pihak yang ingin bekerjasama dengan mereka.

“Mekanisme yang akan dikenakan bagi rangkaian kedua adalah melalui pegangan spektrum, jadi kedua-dua ini adalah instrumen di bawah MCMC dan dalam meneliti apakah syarat terbaik, di situ kita akan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita sekiranya terdapat keperluan untuk menyemak semula pemilihan U Mobile susulan kritikan daripada beberapa pihak, Fahmi berkata, kementeriannya tidak berhasrat untuk mengambil langkah itu dengan menegaskan syarikat telco itu dipilih secara bebas oleh pasukan teknikal MCMC.

“Kalau kita lihat dalam sidang Parlimen, sewaktu sesi soal jawab menteri, bila saya menjawab, saya dapati kebiasaannya ahli-ahli Parlimen akan mengambil peluang untuk bertanya lanjut.

“Sekiranya ada dalam kalangan mereka ingin mendapatkan maklumat tambahan, saya sedia untuk memberikan.

“Sekali lagi saya peringatkan, ini bukan kontrak, ini bukan lesen, instrumennya nanti ialah spektrum 3.6GHZ yang boleh diberikan untuk dibangunkan rangkaian 5G kedua, tiada dana awam dalam membangunkannya,” jelasnya.

Awal bulan ini, MCMC mengumumkan bahawa U Mobile dipilih untuk menerajui rangkaian 5G kedua, walaupun butiran struktur, pembiayaan dan pelan pelancarannya masih tidak jelas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan