Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai mencari mangsa yang terselamat di tengah-tengah runtuhan berikutan serangan Israel yang dilaporkan menyasarkan sebuah sekolah di daerah Zeitoun di pinggir Bandar Gaza, pada 1 September 2024. Foto AFP

Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza

ByBernama

RAMALLAH, 8 Nov: Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan peranan yang berkesan dalam menghentikan jenayah pendudukan di Semenanjung Gaza, terutama dengan meluasnya gelombang kebuluran dan hukuman kolektif terhadap dua juta rakyat Palestin.

Menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), dalam pertemuan Mustafa dengan Ketua Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula di Gaza, Sigrid Kaag dan disertai Menteri Negara untuk Hal Ehwal Bantuan, Basil Nasser, di pejabatnya di Ramallah, Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.

Beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat Palestin terhadap ketidakupayaan antarabangsa untuk menghentikan serangan Israel, dan bahawa kenyataan serta kecaman sahaja tidak mencukupi untuk menangani genosid dan jenayah pembersihan etnik di Semenanjung Gaza.

Beliau juga menekankan mengenai peningkatan serangan oleh tentera pendudukan dan peneroka di bandar, kampung, pekan dan kem di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis, harus dihadapi dengan pendirian antarabangsa yang tegas selain menggagalkan rancangan perampasan tanah dan pengusiran penduduk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan