Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditemui maut berlumuran darah dipercayai ditembak di kawasan tempat letak kereta. Foto IPD Bintulu

Lelaki maut dipercayai ditembak di Bintulu

BINTULU, 8 Nov: Seorang lelaki ditemui maut berlumuran darah dipercayai ditembak di kawasan tempat letak kereta tingkat empat di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, mangsa yang berusia lingkungan 36 tahun didapati meninggal dunia setibanya pihak ambulans di lokasi kejadian sekitar jam 11.36 malam.

“Ekoran kejadian, pihak polis menjalankan siasatan dan mengesan saspek yang terlibat.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan dua suspek lelaki masing-masing warga tempatan dan warganegara asing lingkungan umur 40-an di kawasan Miri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, turut dirampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kes itu.

“Permohonan reman akan dipohon di Mahkamah Majistret Bintulu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Katanya, polis tidak berkompromi ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan jenayah .

“Pihak polis komited dalam mengesan saspek yang terlibat di dalam kes ini dan menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang masih dalam siasatan.

“Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah tampil dan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan