Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berucap pada Program Bengkel Rasuah dan Tanggungjawab Undang-Undang di Kuching, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Integriti mengekalkan kepercayaan terhadap wakil rakyat

ByConnie Grace

KUCHING, 8 Nov: Integriti bukan sahaja memperlihatkan keperibadian yang baik tetapi amat penting dalam mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata para ADUN perlu memiliki nilai integriti tinggi dalam memikul amanah rakyat.

“Selain itu, etika dan moral yang berlandaskan agama juga penting dalam membentuk peribadi yang jujur dan amanah.

“Dengan memegang prinsip agama, ADUN dapat menghindari amalan rasuah yang boleh mencemarkan institusi pemerintahan,” katanya berucap pada Program Bengkel Rasuah dan Tanggungjawab Undang-Undang dianjurkan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, semangat untuk berkhidmat demi masyarakat dan pembangunan negara harus menjadi pendorong utama setiap ADUN mendukung nilai-nilai murni termasuklah integriti.

“Dengan menjalankan tanggungjawab secara jujur dan berintegriti, diharapkan ADUN mampu memperkukuhkan kepercayaan rakyat serta menjauhkan diri dari sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan