KUCHING, 8 Nov: Bilangan Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan diumumkan pada sidang media esok.
Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Asfia Awang Nassar memaklumkan, sidang media tersebut dijangka berlangsung selepas mesyuarat pra-DUN.
Menurutnya, sidang media tersebut akan memaklumkan mengenai bilangan soalan yang akan dibincangkan, RUU dan maklumat mengenai usul.
“Sidang DUN kali ini dijangka menarik perhatian ramai dengan pelbagai isu yang mungkin dibentangkan untuk perbahasan dan pertimbangan,” katanya ketika ditanya mengenai Persidangan DUN.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Bengkel Rasuah dan Tanggungjawab Undang-Undang di sini, hari ini. -TVS