MALDIVES, 8 Nov: Atlet bina badan berasal dari Miri, Azri Asmat Sefri mencuri tumpuan selepas menghadiahkan pingat gangsa kepada Malaysia pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia 2024.
Azri,31, mewakili Malaysia dalam kategori lelaki 55 kilogram (kg) dan merupakan salah seorang daripada yang mengambil bahagian pada kejohanan berprestij terssebut.
Menurutnya, cabaran besar dihadapi sepanjang tempoh persediaan terutama dari segi latihan dan isterinya sedang sakit.
“Isteri saya sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan impian dalam sukan ini walaupun dia kurang sihat.
“Keluarga saya yang lain juga dari dahulu sentiasa memberikan dorongan kepada saya untuk terus berjaya dalam sukan yang diceburi,” katanya.
Pencapaian Azri di pentas dunia membuktikan disiplin dan komitmen tinggi dalam sukan bina badan boleh menjadi inspirasi kepada atlet lain.
Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia 2024 masih berlangsung sehingga 11 November ini di Canareef Resort, Addu City, Maldives.- TVS