Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APM mengambil langkah proaktif dengan melakukan rondaan di kawasan sering berlaku (hotspot) bencana banjir dan tanah runtuh minimum lima kali seminggu sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut (MTL). Foto fail Bernama

APM buat rondaan lima kali seminggu, pantau ‘hotspot’ banjir, tanah runtuh

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 Nov: Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil langkah proaktif dengan melakukan rondaan di kawasan sering berlaku (hotspot) bencana banjir dan tanah runtuh minimum lima kali seminggu sebagai persiapan menghadapi monsun timur laut (MTL).

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed berkata pasukan pemantau terdiri daripada tiga anggota di setiap daerah di seluruh negara dan mereka bukan saja melaporkan kejadian berpotensi mengakibatkan banjir dan tanah runtuh, malah melibatkan pencemaran udara dan air.

“Sepanjang 10 bulan ini, kita sudah membuat rondaan lebih 30,000 kali di seluruh negara dan telah melaporkan lebih 2,000 kejadian dipercayai boleh memberi ancaman pada orang ramai,  kepada pihak berwajib seperti pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi libat urus persiapan kerajaan menghadapi MTL 2024/2025 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia di Pulau Meranti di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Khairul Shahril Idrus ketika memberi taklimat dalam sesi berkenaan memaklumkan terdapat 4,619 lokasi banjir telah dikenal pasti di seluruh negara.

Beliau berkata ia melibatkan 3,605 lokasi di Semenanjung, 799 di Sabah, 201 di Sarawak dan 14 lokasi panas di Labuan.

Khairul Shahril berkata lokasi itu berdasarkan kawasan yang mengalami kekerapan tidak kurang daripada tiga kali kejadian banjir dalam tempoh tiga tahun terkini.

“Selain itu, kita turut membuat pemantauan cerun kritikal membabitkan 254 cerun di seluruh negara terdiri daripada 86 kritikal tinggi, 84 kritikal sederhana dan 84 kritikal rendah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan