Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah ditemui pada Majlis Perasmian Latihan Persediaan Monsun Timur Laut Zon Tengah 2024 di Oya, hari ini. Foto TVS

31 Pangkalan Hadapan diwujudkan di Sarawak, persediaan menghadapi bencana

OYA, 8 Nov: Sebanyak 31 Pangkalan Hadapan diwujudkan di seluruh Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan makanan apabila berlaku bencana terutama sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Pangkalan Hadapan ini berperanan sebagai tempat penyimpanan serta pengedaran makanan kepada penduduk di kawasan sukar dicapai ketika ditimpa bencana.

“Bagi kawasan yang masih sukar untuk diakses semasa bencana kerana belum ada jalan raya misalnya dan terpaksa menggunakan jalan laut ataupun jalan air dan kita tahu kita perlu memberikan respons atau bantuan misalnya seperti makanan dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Latihan Persediaan MTL Zon Tengah 2024 di sini, hari ini.

Tambahnya, Pangkalan Hadapan ini merupakan pusat pengagihan dan penyimpanan stok makanan yang terjamin kualiti.

Pada masa sama, Fatimah mahu agar segala fasiliti serta keperluan di pusat-pusat pemindahan sementara bencana berada di tahap paling optimum.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan