Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, terbunuh pada Jumaat dalam satu siri serangan udara Israel di seluruh Gaza. Foto AFP

12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza

ByBernama

BANDARAYA GAZA, 8 Nov: Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, terbunuh pada Jumaat dalam satu siri serangan udara Israel di seluruh Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sumber perubatan di Hopsital Baptist  di sini melaporkan, serangan udara Israel menyasarkan kediaman keluarga Hamadeh, mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita. Beberapa lagi mangsa, termasuk bayi, turut cedera dalam serangan itu.

Saksi melihat tembakan artileri mengenai kawasan barat Kem Pelarian Jabalia dan Bandar Beit Lahia, manakala tentera Israel memperhebatkan serangan ke kawasan kediaman di utara Gaza, dengan letupan dan asap dapat dilihat dari Bandaraya Gaza.

Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala utara Kem Pelarian Nuseirat.

Sementara itu, serangan tentera laut Israel ke atas pondok nelayan di pantai Rafah mengorbankan seorang nelayan dan mencederakan tiga lagi, menurut sumber perubatan di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis.

Selain itu, dua rakyat Palestin terkorban dan beberapa lagi cedera di Khan Younis apabila jet pejuang Israel menyerang kediaman keluarga Omran di kawasan kejiranan  al-Tahliya.

Serangan dahsyat Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas mengorbankan hampir 43,500 mangsa dan menyebabkan wilayah itu hampir tidak dapat dihuni.

Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakan mereka di wilayah yang dikepungnya itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan