KUALA LUMPUR, 7 Nov: WE Communications dan Chase Advisors secara rasmi melancarkan operasi mereka di Malaysia, menandakan langkah penting dalam pengembangan mereka di Asia-Pasifik.
Pelancaran ini bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan komunikasi khusus kepada pelanggan di Malaysia, dengan fokus pada sektor yang sedang berkembang pesat di negara ini, termasuk teknologi kesihatan, teknologi pengguna, dan komunikasi korporat.
Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa, Kass Sells, di WE Communications, menekankan potensi Malaysia sebagai hab komunikasi di Asia Tenggara.
“Kami teruja untuk membina kehadiran kami di Malaysia, sebuah pasaran yang kaya dengan bakat dan berpotensi besar.
Matlamat kami adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan di pelbagai sektor dari komunikasi krisis dan korporat hingga dasar awam dan hubungan kerajaan,” katanya kepada media selepas perasmiannya.
Pengembangan strategik ke Malaysia ini menyusul tempoh pertumbuhan WE Communications di Asia Selatan, dengan operasi di Sri Lanka, Bangladesh dan India, serta pejabat serantau di Singapura.
Pengarah Urusan Chase APAC, Manash Neog, menekankan kelebihan geopolitik yang Malaysia tawarkan untuk perniagaan di rantau ini.
“Dengan peningkatan pelaburan dan bakat tempatan yang luar biasa, Malaysia adalah pasaran utama bagi kami untuk berkhidmat lebih baik kepada pelanggan dan memacu pengembangan di seluruh Asia Tenggara,” jelasnya.
Fokus pasukan termasuk memanfaatkan analitik data dan kecerdasan buatan (AI) yang canggih untuk memenuhi keperluan komunikasi yang kompleks.
Pengarah Eksekutif Serantau untuk Asia-Pasifik, Nitin Mantri, pula berkata kepakaran syarikat dalam menggunakan AI boleh membantu jenama berhubung lebih erat dengan golongan muda sambil menyediakan ketelusan dan wawasan dalam pasaran yang sentiasa berkembang.
Bagi Pengarah Urusan Chase Advisors, Kanesan Veluppilai, pula berkata Malaysia mempunyai keyakinan terhadap kekuatan bakat tempatan, khususnya dalam bidang teknologi digital.
“Pelanggan kami boleh mengharapkan kepakaran terbaik dan penyelesaian yang disesuaikan, disokong oleh pengalaman global yang luas daripada pasukan kami.
Kami di sini untuk membina kerjasama jangka panjang dan menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan dalam landskap dasar,” jelasnya.
Menurut Sells, keperluan untuk mendekati komunikasi dengan cara yang lebih manusiawi.
Katanya, keperluan perniagaan dan komunikasi semakin kompleks, pendekatannya adalah adalah untuk menghubungkan dengan pendengar pada tahap yang lebih manusiawi sama ada melalui komunikasi korporat, teknologi AI atau hubungan kerajaan.
Pelancaran WE Communications dan Chase Advisors di Malaysia dijangka akan merubah landskap komunikasi tempatan, membawa kepakaran global yang disesuaikan untuk memenuhi permintaan serantau, terutamanya pada masa apabila jenama mencari hubungan yang autentik dengan pelbagai pihak berkepentingan. – TVS