Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Lembaga Gabenor Taylor’s School, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (tengah kiri) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Taylor’s School, Profesor Adjung BK Gan (tiga dari kiri) menghadiri perbincangan panel bertajuk Peranan Pendidik Dalam Dunia Hari Ini, di The MET Corporate Towers pada 7 Oktober 2024. Foto Amirah Shawel (TVS)

Taylor’s School komited pupuk minda keusahawanan dalam kalangan anak muda

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Taylor’s School komited memupuk minda keusahawan dalam kalangan pelajar bagi memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Taylor’s School, Profesor Adjung BK Gan berkata institusi itu berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemahiran dalam menyelesaikan masalah dan mampu bertindak.

“Minda keusahawanan bermakna individu itu bukan sahaja mampu mengeluarkan idea inovatif, tetapi benar-benar akan melaksanakannya.

“Sebelum ini pernah ibu bapa mengadu, kenapa tenaga pengajar tidak membantu menjawab pertanyaan anak-anak mereka, malah menjawabnya dengan beberapa persoalan lain. Kami mahu anak-anak berfikiran kritikal dan tidak ‘disuap’ sahaja,” katanya ketika ditemui TVS selepas menghadiri perbincangan panel bertajuk ‘Peranan Pendidik Dalam Dunia Hari Ini’ di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Gabenor Taylor’s School, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Pendidikan Taylor, Dato Loy Teik Ngan.

Tambah beliau, infrastruktur yang berkualiti tinggi dan platform bagi persaingan sihat adalah penting untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Gan menegaskan tanpa fasiliti yang baik dan program yang bersesuaian, para pelajar tidak dapat memberikan yang terbaik.

“Justeru, kami menyediakan sistem di semua sekolah-sekolah kami yang dapat membantu pelajar mencabar diri mereka – jika mereka jatuh, bagaimana untuk membantu mereka bangkit,” katanya.

Selain itu, institusi itu juga komited untuk terus membangunkan graduan yang holistik, menekankan kecemerlangan akademik, kecerdasan emosi, dan ketangkasan digital. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan