Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa temubual khas bersama TVS dan UKAS selepas menjadi panel jemputan dalam perbincangan tumpuan pada Pameran & Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2024 di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) di sini pada Rabu. Foto Faitullah Morni (TVS)

Status agregator gas di Sarawak diumum dalam masa terdekat

ByShafik Ahmad

ABU DHABI, 7 Nov: Status agregator gas tunggal di Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ketika ditanya mengenainya, Premier Sarawak bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Kita akan umum pada masa yang terdekat ini,” jawabnya ringkas ketika ditemui selepas mengetuai pertemuan antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Mubadala Energy di sebuah hotel di Abu Dhabi, pada Khamis.

Sebelum ini beliau mendedahkan perbincangan antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan PETROS mengenai pengagihan gas asli di Sarawak telah selesai.

Pada 31 Oktober lalu, Abang Johari memaklumkan bahawa PETRONAS telah bersetuju secara prinsip dan akan menghantar surat rasmi berhubung persetujuan itu kepada kerajaan Sarawak.

Kerajaan Sarawak sebelum ini memberi tempoh tiga bulan sehingga Oktober untuk PETRONAS menyelesaikan isu pengagihan gas dengan PETROS.

Abang Johari berkata, mulai 1 Julai tahun ini, PETROS telah diberikan kuasa penuh untuk mengawal selia pengagihan gas di Sarawak.

Namun, PETRONAS meminta penangguhan pengambilalihan itu kerana kebimbangan bahawa pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas.

Beliau berkata, Sarawak beroperasi di bawah dua undang-undang berkaitan pengagihan gas asli iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1975 (PDA) dan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan