Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak diminta memastikan kontraktor dilantik mempercepatkan pembinaan projek pembentungan di kawasan Kampung Pinang Jawa. Foto TVS

Siapkan projek pembentungan di Kampung Pinang Jawa bulan ini

KUCHING, 7 Nov: Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak perlu memastikan kontraktor dilantik mempercepatkan pembinaan projek pembentungan di sekitar Kampung Pinang Jawa.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, mesyuarat mengenai perkembangan projek tersebut memutuskan supaya projek tersebut disiapkan hingga hujung November.

Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak diminta untuk memastikan kontraktor dilantik mempercepatkan pembinaan projek pembentungan di kawasan Kampung Pinang Jawa. Foto TVS

“Jadi kita telah mencapai beberapa keputusan iaitu ada stretch yang sudah siap dan hampir siap, kita memohon Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak memastikan kontraktor menyiapkan keseluruhannya sehingga hujung November.

“Mereka telah menjelaskan kepada kita tentang cabaran yang mereka hadapi dan sedang melakukan yang terbaik untuk selesaikan jalan yang mengalami masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Sesi Taklimat di Masjid At-Taqwa di Kuching pada Khamis.

Pembinaan projek pembentungan di kawasan Kampung Pinang Jawa bermula sejak tahun 2017 dan kini mencapai kemajuan 90 peratus siap.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Pinang Jawa, Taman Sri Wangi, Laruh Skim dan beberapa kawasan kediaman berhampiran yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan