Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengetuai pertemuan antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Mubadala Energy di sebuah hotel di Abu Dhabi, pada Khamis. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak perluas kerjasama, PETROS-Mubadala urus hasil gas

ABU DHABI, 7 Nov: Sarawak dalam usaha memperluaskan kerjasama strategik dengan Abu Dhabi dalam aspek pengurusan hasil gas di wilayah itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kolaborasi ini melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Mubadala Energy.

“Pertama dari aspek pengurusan hasil gas yang ada di Sarawak, kedua penerokaan baharu mungkin di kawasan perairan Sarawak ini kita akan kerjasama di antara PETROS dan PETRONAS.

“Ketiga ialah kolaborasi dari aspek aktiviti hiliran gas yang saya rasa bahawa Mubadala adalah satu-satunya syarikat minyak yang tersohor di kawasan Timur Tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai pertemuan antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan Mubadala Energy di sebuah hotel di Abu Dhabi, pada Khamis.

Pengalaman luas syarikat milik kerajaan Abu Dhabi serta kerjasamanya dengan organisasi besar dunia disifatkan tepat dalam usaha Sarawak mengembangkan pembangunan industri gas dan petrokimia.

“Begitu juga dengan penerokaan hasil yang baharu dari sudut petrokimia dan saya harap bahawa dengan adanya perjanjian di atara Mubadala dan PETROS, ia boleh mewujudkan satu industri di mana kita mempunyai hasil bumi dari utara hingga selatan Sarawak khususnya kawasan yang belum diterokai,” katanya.

Menurut Abang Johari, sebaik sahaja kolaborasi itu dimuktamadkan, Sarawak akan menubuhkan pejabat perhubungan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai usaha mengukuhkan kerjasama antara Sarawak dan Abu Dhabi.

Terdahulu dalam rangka lawatan rasmi Abang Johari ke Abu Dhabi, Sarawak telah memeterai beberapa kerjasama antara Sarawak Energy Berhad (SEB), Sarawak Forestry Corporation (SFC), Abu Dhabi Future Energy Company (Masdar), Gentari dan Mubadala Energy. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan