Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee (tengah) pada Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan Kolej Vokasional (KV) Sibu 2024 di Sibu, hari ini. Foto Dr Annuar Rapaee (FB)

Sarawak beri tumpuan kepada TVET, pastikan miliki tenaga kerja berkemahiran

SIBU, 7 Nov: Sarawak memberi tumpuan khusus kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal danĀ VokasionalĀ (TVET) selari dengan dasar yang menekankan teknologi bagi memastikan negeri ini memiliki tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata tenaga kerja berkemahiran diperlukan bagi menjayakan inisiatif ekonomi hijau termasuk pembangunan tenaga hidrogen, methanol, empangan melata dan aeroangkasa yang memacu Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

Beliau berkata justeru anak-anak Sarawak khasnya Bumiputera perlu mengutamakan pencapaian akademik agar dapat merebut peluang yangĀ terbuka luas buat mereka pada masa depan dengan kekangan kewangan tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk tidak melanjutkan pengajianĀ pada 2026.

ā€œKesemua universitiĀ milik kerajaan negeri akan menawarkan pendidikan percuma kepada anak-anak Sarawak bermula 2026 tanpa adaĀ sebarang kuota pengambilan,ā€ katanya pada Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan Kolej Vokasional (KV) Sibu 2024 di sini hari ini.

Annuar berkata sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan dapat melanjutkan ke institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Swinburne, Universiti Curtin sertaĀ Pusat Kecemerlangan Teknologi SarawakĀ (Centexs), Kuching.

Beliau berkata selain Sarawak, TVET juga diberikan perhatian yang khusus di peringkat Persekutuan dengan kadar Geran Per Kapita (PCG) bagi TVETĀ ditingkatkan 15 peratus di dalam Belanjawan 2025, menjadikan peruntukan keseluruhan PCG berjumlah lebih RM900 juta.

Sementara ituĀ AnnuarĀ berkata RM15 jutaĀ diperuntukkan untuk tuisyen percuma melalui Program Pemantapan Pendidikan Sarawak (SEEP) kepada pelajar tingkatan tiga danĀ lima yang mendapat keputusan kurang daripada 44 peratus bagi mana-mana pelajaran dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

ā€œKita telah mendaftar 56,000 pelajar dan peluang itu diwujudkan seimbang di seluruh negeri, khususnya di luar bandar,ā€ katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan