Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BNM, Bank Negara Malaysia. Foto Faitullah Morni (TVS)

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.6 bilion (US$1 = RM4.40) setakat 30 Okt, 2024, berbanding US$119.6 bilion pada 15 Okt 2024.

Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (US$104.6 bilion), diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM587.94 bilion, terdiri daripada rizab emas dan pertukaran asing, termasuk SDR (RM482.82 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.58 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.80 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM58.36 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM587.94 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.74 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.26 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM134.37 bilion) deposit kerajaan persekutuan (RM6.75 bilion), deposit lain (RM64.72 bilion), kertas Bank Negara (RM11.57 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM3.21 bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan