Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia. Foto AFP

PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia

ByBernama

BEIJING, 7 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.

“Kita akan sambut baik kalau sikap Amerika positif ke arah kedamaian bagi menghentikan serangan ganas Israel ke atas Gaza dan mengiktiraf hak mutlak dan sahih rakyat Palestin,” kata Perdana Menteri dalam sidang media sempena lawatan kerja beliau ke Beijing.

Anwar juga mengharapkan Trump dapat mencari kaedah mendamaikan konflik di Ukraine, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kemelut ekonomi dunia.

Trump, 78, memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang diadakan pada 5 Nov, setelah berjaya melepasi angka 270 undi Badan Pewakilan Pemilih, menewaskan calon Demokrat Kamala Harris.

Kemenangan ini juga menandakan kali kedua Trump kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat. Beliau memegang jawatan itu buat pertama kalinya pada penggal 2017 hingga 2021. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan