Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo KESUMA. Foto Kementerian Sumber Manusia (FB)

Parlimen: KESUMA rangka draf RUU bela kebajikan pekerja Gig

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kini sedang merangka satu draf Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi menjaga kebajikan golongan perkerja tersebut.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata RUU berkenaan bakal dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat pada Disember inI.

“KESUMA dengan kerjasama perunding daripada Universiti Malaya telah melaksanakan kajian membangunkan Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi Gig di Malaysia.

“Laporan dan hasil kajian tersebut akan diterbitkan pada Disember tahun ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari yang ingin tahu tentang pelan bagi mewujudkan akta bagi melindungi kepentingan dan kebajikan pekerja ekonomi gig.

Abdul Rahman berkata, KESUMA telah mengambil beberapa inisiatif untuk membangunkan sektor ekonomi gig melibatkan pelbagai aspek, agar mereka juga dapat memberikan sumbangan lebih besar kepada ekonomi negara.

Katanya lagi, Memorandum Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan cadangan menggubal akta baharu khusus bagi pekerja gig.

“MJM mengenai cadangan menggubal akta baharu khusus untuk pekerja gig telah disediakan dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2024.

“MJM tersebut telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tarikh yang sama,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan