Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli Foto: Tangkap layar sidang parlimen

Parlimen: Kerajaan MADANI kawal inflasi dengan baik

ByFarah Diyana Samsuddin

KUALA LUMPUR, 7 Nov:  Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan Kerajaan MADANI mengawal inflasi khususnya harga barang negara dengan baik sejak mengambil alih pentadbiran negara.

Menurutnya sebelum ini inflasi makanan dan minuman paling rendah yang direkodkan ialah pada Julai iaitu 0.7 peratus 2018 seterusnyakekal rendah hingga Mei 2019 sebelum meningkat kepada 1.2 peratus, kesan daripada penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Pada Jun 2019, (ia) mula naik melebihi dua peratus dan hanya turun semasa pandemik COVID-19 akibat permintaan kurang… pada Oktober 2021, harga barang makanan dan minuman mula naik mendadak dari 1.9 peratus kepada 7.2 peratus dalam bulan Ogos 2022.

“Kenaikan harga makanan dan minuman hanya mula turun secara signifikan mulai Mac 2023 dengan 6.9 peratus kemudian turun kepada 4.1 peratus pada Ogos 2023, dua peratus bagi Januari 2024 dan sekarang ini kekal 1.6 bagi September 2024,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau mendedahkan berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bagi tempoh 2011 hingga 2024 kadar kenaikan harga makanan dan minuman adalah dalam lingkungan dua hingga 5.7 peratus.

Tegasnya dengan merujuk kepada angka dan fakta itu, justeru jangan ada pihak yang terlalu mudah untuk menuduh kerajaan memutar-belit angka ekonomi sehingga wujud dakwaan kononnya harga barang naik 30 peratus.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan